Wednesday, January 13, 2010

di pagi yang hening hehehe...
aku baru je blk dr uptown kluar ngan housemate aku..
aku beli jersi mu td sbb aku ni peminat mu...
ade kwn aku tanye kau x nk cri awek ke...soalan 2 buat aku berfikir
ape perlukah pasangan dalam hidup kite ni....
hawa di cipta sebagai pasangan pada adam kerna hidup adam sunyi tanpa teman
begitulah juga kita sebagai manusia biasa perlukan teman untuk berbicara
dan berkongsi masalah..hawa itu di cipta dari rusuk seorang adam dekat di hati untuk di sayangi...
dan dari setiap adam itu telah di ciptakan baginya seorang teman sebagai kawan dan
juga peneman hayat dalam kehidupan...mencintai itu tidak salah kerna cinta itu juga
sebahagian dari nikmat allah..namun cinta yang hadir tanpa ada rasa cinta kepada allah akan
membawa manusia pada cinta yang tiada nur dan membawa pada cinta yang temannya adalah syaitan semata..cinta itu tidak buta tapi manusia itu yang buta kerna cinta...
jangan anggap cinta itu menghalalkan apa yang haram kerna cinta itu satu perasaan yang begitu suci dan jangan guna hati sahaja dalam cinta...tapi cinta itu perlu hadir dari hati dan dinilai
dengan akal.....
mencintai allah itu adalah sebaik cinta...
wasalam..

Thursday, January 7, 2010

bicara hati

kenape ada cinta dalam hati manusia
apa perlukah cinta dalam hidup kita
dan apa maknanya itu cinta.
di setiap hati pasti ada cinta yang berbeza maknanya
di sebalik yang tersirat pasti ada yang tersurat.
disebalik cinta pasti ada yang kecewa
melainkan cinta itu di tujukan pada yang Esa.

Tuesday, January 5, 2010

kehidupan

aku buat blog ni tak harap pun ade org nak bce
just aku ni mmg ske nak menulis ni..
kehidupan aku seperti insan lain
yang selagi masih ada nafas yg bisa di sedut
aku amat bersyukur kerna masih berpeluang menikmati erti kehidupan
yg tidak semua insan lalui hari yang sama tiap hari dalam hidup mereka.
tp tak ramai pun yang bangunnya tiap pagi mengucap syukur pada
ilahi masih di beri peluang untuk bernafas dan menjalani hari yan g
tiap harinya pasti berbeza.
Sebagai hamba allah kita diberi nikmat dan dugaan.
Jika di beri nikmat bersyukurlah dan jika diberi dugaan pula
sabarlah kerna allah menguji kita kerna sayangnya Dia pada hambanya.
Janganlah kamu berkata yang kamu ini manusia yang beriman sedangkan
kamu tidak pernah di uji oleh Nya.Sesungguhnya pasti ada ganjaran bagi mereke yang bersabar.

perkenalan

ni first time aku tulis blog..
so aku nak kenalkan diri aku sebagai xarin
aku stdent kat uitm...